PUSAT KURSUS PERKAHWINAN TAMAN TUN DR ISMAIL

Kursus kahwin,kursus kahwin kuala lumpur, perkahwinan, Taman Tun Dr Ismail, TTDI, Kuala Lumpur, kursus kahwin Taman Tun Dr Ismail, kursus, damansara

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Laman Kami

Kata Penganjur

Assalamu'alaikum,

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah (SWT) kerana Pusat Kursus Perkahwinan di Pusat Bandar Damansara berjalan dengan lancar dan berdoa agar ia berterusan dan mendapat sambutan daripada pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Pusat Kursus Perkahwinan di Taman Tun Dr. Ismail telahpun mula dibuka pada awal bulan Januari 2009 dan syukur Alhamdulillah sambutan juga menggalakan.

 

Untuk makluman, kami telah lama menceburi bidang ini iaitu mulai tahun 2004 setelah mendapat kebenaran dan tauliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Perhubungan yang baik dengan JAWI membantu kami menyelesaikan masaalah peserta dengan cepat dan teratur.

 

Kursus ini mengambil masa selama 12 jam yang mana merangkumi 11 tajuk berdasarkan MODUL BERSEPADU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM yang dirangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat 6 orang fasilitator/penceramah terpilih untuk bersama-sama peserta secara berasingan iaitu 2 tajuk untuk seorang fasilatator.

 

Sijil akan dikeluarkan oleh JAWI/JAKIM/JPM dan ia dapat digunakan di seluruh negara termasuk untuk permohonan nikah di luar negara, tanpa had masa.  

 

Kami mengalu-alukan kedatangan saudara/i ke Pusat Kursus Perkahwinan kami untuk bersama-sama penceramah kami yang tentunya anda akan mengingatinya sepanjang hayat anda. Penceramah kami sangat membantu dan ceria bersama anda.

 

  • TIADA UJIAN
  • TIADA TEMUDUGA
  • TIADA CAJ TAMBAHAN DIKENAKAN.

 

“Kepuasan Peserta Kami Utamakan”

 

SEKIAN, TERIMA KASIH

 

FAUZI YUSOFF

TEL. 012 6032257